Kandungan tenaga Petrol

Petrol mengandungi tenaga lebih kurang 34.6 megajoule seliter (MJ/l) atau 131 MJ/gelen AS. Nilai ini adalah nilai purata; campuran petrol boleh jadi berbeza, maka nilai kandungan tenaga sebenar boleh jadi berbeza mengikut musim dan pengeluaran, biasanya dengan perbezaan 4% lebih atau kurang daripada nilai purata menurut US EPA.

Kepadatan tenaga volumetrik bagi beberapa bahan api berbanding petrol:[6]

Jenis bahan api     MJ/liter     MJ/kg    BTU/Gelen imp    BTU/Gelen AS    Nilai oktana
(RON)
Petrol biasa34.844.4[7]150,100125,000Min 91
Petrol premiumMin 95
Autogas (LPG) (60% Propana + 40% Butana)26.8
Etanol23.531.1101,60084,600129
Metanol17.919.977,60064,600123
Butanol29.291-99
Gasohol (10% etanol + 90% petrol)33.7145,200120,90093/94
Diesel38.645.4166,600138,70025(*)
Petrol penerbangan (petrol oktana tinggi, bukan bahan api jet)33.546.8144,400120,200
Bahan api jet (berasaskan minyak tanah)35.143.8151,242125,935
Gas asli cecair25.3~55109,00090,800

(*) Minyak diesel tidak digunakan di dalam enjin petrol, maka nilai oktana yang rendah tidak menjadi isu; ukuran bagi nilai minyak diesel ialah nilai setana

Di Malaysia, minyak petrol dijual sama ada dalam RON 92 (berplumbum) atau RON 97 (tanpa plumbum), RON 95 pula mula diperkenalkan pada 12 Mei 2009 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia yang dijual dengan harga RM 1.75 seliter pada hari pertama jualannya.[8]

Rujukan

WikiPedia: Petrol http://www.abc.net.au/health/library/petrol_ff.htm http://www.abc.net.au/health/library/stories/2005/... http://www.chrysler-restorers-sa.org.au/crcmag154.... http://i-r-squared.blogspot.com/2006/09/here-comes... http://www.bp.com/genericarticle.do?categoryId=901... http://money.cnn.com/pf/features/lists/global_gasp... http://www.energysupplylogistics.com/terminals http://www.etymonline.com/index.php?search=gasolin... http://www.etymonline.com/index.php?search=petrol http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m0907/is...